Akaun matab.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Sumbangan Bulanan dan Harian Bagi Menampung Kos Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Busyra.-2
PAHALA AKAN TERUS MENGALIR JIKA ANAK-ANAK MAAHAD INI TERUS MENDAPAT MANFAAT HASIL SUMBANGAN TUAN/PUAN

Maahad Tahfiz Al-Busyra ditubuhkan pada Tahun 2014 di bawah seliaan jawatankuasa Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

MATAB memfokuskan pengajian yang berteraskan hafazan Al-Quran, Ulum Dinniyah dan Teras Akademik.
Selain itu, MATAB juga berhasrat bagi melahirkan golongan huffaz contoh dan berketerampilan.

Buat pengetahuan semua,
MATAB dahulunya beroperasi pada bangunan banglo di hadapan pintu masuk Masjid Jamek Pengadang Baru.

Selaras dengan penambahan jumlah pelajar, pihak MATAB berusaha menyediakan keperluan persekitaran dan pembelajaran yang lebih selesa.

Pihak masjid telah mengambil inisiatif membina satu bangunan baru di sebelah belakang masjid dengan sumbangan kewangan daripada orang ramai. 



Pada tahun 2019, MATAB mula beroperasi di bangunan baru dengan fasiliti yang lebih selesa.
Bangunan tersebut mempunyai kelas, asrama, musolla, kantin dan sebagainya. 

Pengambilan pelajar bermula daripada umur 13 tahun iaitu pelajar tingkatan 1.
Pengurusan MATAB juga menghadkan pengambilan pelajar seramai 10-15 orang pelajar lelaki sahaja bagi memastikan setiap pelajar mendapat perhatian dan tumpuan hafazan yang berkualiti.

Jumlah keseluruhan pelajar pada ketika ini adalah seramai 50 orang. 




KONGSI REZEKI

Pihak MATAB mengalu-alukan tuan/puan untuk berkongsi rezeki bersama anak-anak tahfiz di sini.

Keperluan dana bagi menjaga keperluan anak-anak tahfiz, guru dan staff amat besar.

Oleh itu, pihak MATAB sedang berusaha mengumpulkan dana bagi menampung kos pengurusan Maahad Tahfiz Al-Busyra yang berjumlah RM30,000 sebulan.



Keperluan ini akan memberikan keselesaan buat 50 orang pelajar, 2 warden, 7 guru serta kakitangan MATAB. 

Dana ini juga akan digunakan bagi :

Pembelajaran Anak-anak Tahfiz (Keperluan Buku Latihan, Al-Quran, Kitab-kitab Agama dll)
✅ Utiliti bulanan : Bil air, elektrik dan lain-lain
✅ Tajaan Makanan dan Minuman Pelajar 
✅ Kos Pengurusan Sekolah dan Pelajar

InsyaAllah dengan sumbangan yang disalurkan akan digunakan sehabis baik bagi memenuhi keperluan sekolah dan anak-anak tahfiz yang belajar di sini.



Semoga dengan setiap sumbangan yang disalurkan oleh pihak tuan/puan bakal melahirkan lebih ramai para huffaz dan mata rantai perjuangan agama. 

Salurkan sumbangan anda melalui:

Akaun : MAAHAD TAHFIZ AL-BUSYRA
No Akaun : 5630 6415 3355
(Maybank)
Reference: MATAB

“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.”
[Riwayat al-Bukhari ]